Khamis, 10 Mei 2012

PEJABAT TANAH BARU NAK AJAK BINCANG

Notis Perbincangan  
Pejabat Tanah Kota Setar telah menghantar surat kepada penama Fadzil Bin Ishak dan Jamalusin Bin Murad untuk membincangkan perkara-perkara mengenai Tanah Wakaf Khas Madrasah Salihiah. Hanya itu sahaja yang tercatat pada kepingan kertas berkenaan.

PERSOALAN
Untuk apakah perbincangan berkenaan hendak diadakan sedangkan Hak Islam telah di GADAIKAN kepada BUKAN ISLAM.

Apakah pihak berkenaan cuba merasuah dengan pelbagai janji-janji manis bagi menutup bangkai-bangkai salahlaku yang telah dilakukan oleh pihak tertentu dalam projek Pembangunan Pusat Hiburan & Belibelah diatas Tanah Wakaf Khas berkenaan.

Seharusnya umat islam di seluruh Kedah BANGKIT bersama "Semangat Aruah Mufti Sultan Kedah" yang telah mewakafkan Tanah Wakaf Khas berkenaan dari DUDUK BANTAH berasama AMBIGA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan