Selasa, 29 Mei 2012

BUDDHA TAK GADAI TANAH RUMAH IBADAH

Alor Setar - Tersergam indah Surau Ar Rashid tanpa mengubah atau merobohkan Rumah Ibadah masyarakat Tong Hua. itulah semangat Nasionalis Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS hormat menghormati sesama rakyat.

Surau Ar Rashid Derga, Alor Setar Kedah.
Tetapi amat mendukacitakan seluruh umat islam apa bila Tanah Wakaf Khas Madrasah Salihiah di serahkan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada pemaju projek bagi tujuan untuk membina Pasaraya Terbesar. Hasil keputusan itulah membuatkan rakyat negeri Kedah yang beugama Islam kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri dan juga mengundang simpati dari bukan muslim dalam isu Tanah Wakaf Khas ini.

Rakyat Kedah pada zahirnya nampak tidak menghiraukan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri tapi dari sudut hati mereka adalah tidak wajar apa yang telah di putuskan oleh Kerajaan Negeri ini, mereka umpama menanttikan masa bagi meluahkan isi hati mereka bila sudah sampai masanya nanti.
- Naim Ali, UD, AS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan