Selasa, 29 Mei 2012

BUDDHA TAK GADAI TANAH RUMAH IBADAH

Alor Setar - Tersergam indah Surau Ar Rashid tanpa mengubah atau merobohkan Rumah Ibadah masyarakat Tong Hua. itulah semangat Nasionalis Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS hormat menghormati sesama rakyat.

Surau Ar Rashid Derga, Alor Setar Kedah.
Tetapi amat mendukacitakan seluruh umat islam apa bila Tanah Wakaf Khas Madrasah Salihiah di serahkan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada pemaju projek bagi tujuan untuk membina Pasaraya Terbesar. Hasil keputusan itulah membuatkan rakyat negeri Kedah yang beugama Islam kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri dan juga mengundang simpati dari bukan muslim dalam isu Tanah Wakaf Khas ini.

Rakyat Kedah pada zahirnya nampak tidak menghiraukan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri tapi dari sudut hati mereka adalah tidak wajar apa yang telah di putuskan oleh Kerajaan Negeri ini, mereka umpama menanttikan masa bagi meluahkan isi hati mereka bila sudah sampai masanya nanti.
- Naim Ali, UD, AS

TANGKAS ! Dato Azmi Din Tampil Menyiasat Dakwaan Blogger


Dato Azmi Din merakamkan
gambar di lokasi
Alor Setar - Dato Azmi Din dengan segera turun ke lokasi sebagai mana yang telah di laporkan oleh blogger semalam bagi menyiasat dan melalukan pemeriksaan sebagai mana yang telah dilaporan itu.

Menurut beliau beberapa kelemahan yang melibatkan faktor keadaan sekeliling yang mendap dan takungan air oleh kerana tiada saluran parit untuk mengeluarkan air serta tenaga kerja yang kurang mahir yang turut membantu dalam menjayakan Projek Baik Pulih Rumah Rakyat disini.

Beliau sudah menjangka kelemahan-kelemahan sebegini pastinya berlaku, akan tetapi pihaknya dapat mengawal dan meminima keadaan sebegini.

Dalam pada itu kontraktor yang terbabit turut dipanggil bagi melaporkan perkembangan terkini berkenaannya.



Khatijah bersimpuh di pintu bersama skuad Kasih Sayang PM sewaktu tinjauan awal dalam merangka plan baikpulih kediamannya pada 19 March lalu.
Khatijah binti Mat 64, ibu tunggal yang mendiami rumah berkenaan bersama anaknya yang kurang upaya mendapat bantuan Kasih Sayang PM berikutan keadaan rumahnya yang uzur serta kerap kali dinaiki air akibat banjir kilat kerana tidak ada saluran perparitan yang mengalirkan air keluar dari kawasan kediamannya.

Khatijah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada Dato Azmi kerana sudi bertandang menghulurkan bantuan kepadanya.

Tidakan awal Dato Azmi Din dalam kes ini telah menunjukan bahawa pihak Projek Kasih Sayang PM amat perihatin dan mengutamakan keselamatan rakyat. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada blogger yang melaporkan kejajdian berkenaan tanpa segan silu dan tegas dengan apa yang dilaporkannya.
- Ju Ayob, UD, AS.

Rabu, 16 Mei 2012

Kes Tanah Wakaf Khas Madrasah Salihiah Belum Lagi Selesai ?!!..


Madrasah Salihiah, Alor Setar. - Menteri Besar Kedah tetap dengan niatnya menyerahkan HAK MUTLAK ISLAM kepada Pemaju Projek Aman Central yang dimiliki oleh Sonny Ho, Pengiat/Aktivis Kristian yang juga merupakan "Founder" kepada DAP dari Pulau Pinang. 

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak perobohan madrasah itu akan terus dilakukan kerana warisnya hanya memfailkan injunksi yang mempertikai penjualan tanah wakaf tersebut.

"Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah wakaf telah menerima pampasan lebih RM1.4 juta. Kita akan teruskan rancangan merobohkan madrasah ini walaupun warisnya memfailkan semula injunksi.

Peguam Jesvinder Jit Singh (non muslim) memfailkan semula injunksi bagi pihak plaintif iaitu Jamludin Murad, 58, Fadzil Ishak, 61, Fidel Firaidi Mustafa, 49, dan Fidel Firaidid Mustafa, 49, di Mahkamah Tinggi Ahad lepas sebagai usaha menghalang madrasah itu dirobohkan kerajaan negeri.

UMAT ISLAM TERUTAMANYA AHLI PAS SEPATUTNYA MERASA MALU KEPADA PEGUAM NON MUSLIM YANG MEMPERTAHANKAN HAK MUTLAK UMAT ISLAM DARI REJIM ZIONIS PAS.

klik disini untuk maklumat lanjut.

Selasa, 15 Mei 2012

HUDUD 3.0 Gabungan Rasuah Projek & Habuan

Apa yang perlu anda nilaikan disini adalah keimanan setiap Pemimpin-Pemimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebab mereka adalah LIABILITY terhadap PANDANGAN BUKAN ISLAM KEPADA AGAMA ISLAM.


Pendedahan penyelewengan serta paksaan supaya berlaku zalim terhadap harta benda atau Hak Mutlak Islam menunjukan kepimpinan PAS lemah dalam pentadbiran, ini adalah kerana kepimpinan PAS banyak berjuang kearah keduniaan, wang ringgit, harta benda dan pangkat sesama mereka.

Semoga apa yang telah berlaku terhadap PAS ini menjadikan iktibar kepada kita semua.

WE WILL FIGHT & WE WILL NEVER SURRENDER !!!:

ADALAH DI PERENTAHKAN DAN DI ARAHKAN bahawa...
''Selain itu kita memohon perintah mahkamah untuk menghalang defendan pertama Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) daripada melupuskan wang RM1.4 juta sebagai pembayaran yang telah diterima daripada defendan kedua, Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar,'' ...selanjutnya klik disini

Sabtu, 12 Mei 2012

PADAN MUKA KUIN KALAH !!!

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan Semakan Kehakiman (Judicial review) lima orang pelajar Kolej Universiti Insaniyah (KUIN) bagi membatalkan keputusan penggantungan mereka oleh pihak KUIN pada 26 Mei 2011 yang lalu.

KUIN silap dan KALAH dalam kes semakan keputusan Jawatankuasa Tatatertib dalam mengambil tindakan menggantung 5 pelajar yang didapati bersalah melanggar paraturan universiti, kesalahan tatatertib dan melanggar Tatatertib Pelajar 2007 yang mana keputusan tersebut dikekalkan oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar KUIN bertarikh 6/7/2011 adalah tidak sah dan terbatal.

Kak Barni HARUS DI PECAT !!!..
baca lagi kat sini.

Khamis, 10 Mei 2012

PEJABAT TANAH BARU NAK AJAK BINCANG

Notis Perbincangan  
Pejabat Tanah Kota Setar telah menghantar surat kepada penama Fadzil Bin Ishak dan Jamalusin Bin Murad untuk membincangkan perkara-perkara mengenai Tanah Wakaf Khas Madrasah Salihiah. Hanya itu sahaja yang tercatat pada kepingan kertas berkenaan.

PERSOALAN
Untuk apakah perbincangan berkenaan hendak diadakan sedangkan Hak Islam telah di GADAIKAN kepada BUKAN ISLAM.

Apakah pihak berkenaan cuba merasuah dengan pelbagai janji-janji manis bagi menutup bangkai-bangkai salahlaku yang telah dilakukan oleh pihak tertentu dalam projek Pembangunan Pusat Hiburan & Belibelah diatas Tanah Wakaf Khas berkenaan.

Seharusnya umat islam di seluruh Kedah BANGKIT bersama "Semangat Aruah Mufti Sultan Kedah" yang telah mewakafkan Tanah Wakaf Khas berkenaan dari DUDUK BANTAH berasama AMBIGA.


Selasa, 8 Mei 2012

Anwar Fitnah Qardawi

Demi Ambiga Qardawi turut menjadi mangsa Fitnah Anwar Ibrahim

"Ada orang mengatakan demonstrasi itu bukan budaya Islam, bukan budaya Arab dan diimport dari luar, tetapi Qardawi mengulas dengan menulis ayat Quran yang bermaksud `harus kerjasama dalam membuat kebaikan'...," kata Anwar yang turut berada di kawasan berhampiran Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Lelaki dan perempuan berasak-asak kerana Fitnah

Dari Abu Sai’d. Al-Khudri r.a, Nabi SAW bersabda:”Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan!” Jawab para sahabat,” Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal-hal yang perlu.” Sabda Rasulullah SAW, “Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan.” Mereka bertanya:”Apa haknya, ya Rasulullah ? Jawab baginda : ”Tundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar.” - H.R Muslim


klik disini dan lihat komen mereka

Jumaat, 4 Mei 2012

20120502 - BANTAH Di Hadapan Wisma Darulaman


 02 05 20122, Wisma Darulaman, Alor Setar Kedah.
Seramai 120 Orang Peserta Demo BANTAH Pembangunan Memorial Park Atas Tanah Rezab Melayu Mukim Karangan, Kulim, Kedah. Demo BANTAH berkenaan bermula pada jam 1.00 Petang dan berakhir lebih kurang 3 jam kemudian.

Isnin, 16 April 2012

Perhimpunan Anti PTPTN, Cakap Saja Berdegar-Degar!

GEMPAKNYA dahsyat, gebangnya hebat tapi hasilnya alahai…itulah yang boleh digambarkan mengenai demonstrasi pemansuhan PTPTN oleh sekumpulan budak-budak minggu sudah.

Setelah perhimpunan yang menyasarkan 5,000 orang pada Sabtu, gagal mencapai matlamat apabila 250 orang sahaja yang datang, sekumpulan 30 orang mahasewel hardcore perhimpunan tersebut cuba memanjangkan bantahan dengan berkhemah di Dataran Merdeka.

Tapi penulis dimaklumkan sebentar tadi, kesemua khemah tersebut telah selamat dilipat dengan sempurna, menandakan berakhirnya demonstrasi pemansuhan PTPTN ini secara rasmi.  Menariknya, pihak penguatkuasa yang terlibat bukannya Polis Diraja Malaysia seperti biasa tapi penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tak pasal-pasal DBKL yang hanya setaraf pihak berkuasa tempatan (PBT) ini pun dianggap zalim seperti Nazi oleh media belaan Pakatan Rakyat.  Penulis serahkan kepada pembaca sama ada nak nangis atau ketawa.

Tapi jangan dilupa, dalam masa yang sama, Safwan Anang (ketua bersama mahasewel) mengugut mahu mengadakan mogok lapar sehingga PTPTN ini dihapuskan.  Apa cerita dengan ugutan yang itu dan siapa pula yang memantau sama ada Safwan Anang benar-benar berlapar atau cakap saja yang degar-degar?

Setakat yang penulis dimaklumkan, semasa DBKL datang ‘membantu’ membersihkan khemah-khemah itu semua pagi tadi, tidak ada pula yang kelihatan tidak bermaya kerana tidak makan sejak Sabtu lepas.  Semua pun bertenaga cuba menghalang pihak DBKL dari menjalankan tugas.  

Bercakap tentang mogok lapar ini dari sudut penceritaan berbeza, ia sekadar mendedahkan bagaimana banyaknya unsur-unsur agama hindu dibawa ke dalam demonstrasi yang disertai majoriti orang Islam ini.  Unsur hindu satu lagi yang penulis maksudkan ialah tindakan segelintir budak tak cukup akal ini mengalungkan bunga ke gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi – menyamai adat istiadat penganut agama hindu bagi orang yang sudah meninggal dunia.

Provokasi jenis apakah ini dan apa yang cuba disampaikan budak-budak ini dengan tindakan sedemikian?  Adakah itu ugutan halus yang membawa maksud untuk membunuh Perdana Menteri? Jika itu benar, maka eloklah tindakan yang lebih keras dikenakan ke atas budak-budak yang jelas sudah tidak ada masa depan ini.  Penulis serahkan kepada polis untuk menyiasat kerana ancaman serupa ini bukan kali pertama, sebelum ini pun sudah ada dari kalangan mahasewel ini juga yang mengugut untuk meletupkan helikopter yang dinaiki Perdana Menteri. 

Apa pun yang lebih penting, demo yang gagal itu sebenarnya sangat memalukan Pakatan Rakyat dan persatuan mahasiswa yang menjadi dalang disebaliknya.  Pelik, bagaimana Pakatan Rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada beberapa orang budak tak cukup akal ini untuk melaksanakan agenda politik besar seperti ini?  Malah disebut-sebut pula bahawa demonstrasi ini adalah warming up kepada demonstrasi Bersih 3.0 yang lebih besar pada 28 April nanti!!

Yang maha sewel itu sudah tentulah sewelnya, yang kononnya bijak pandai dalam Pakatan harami ini sebenarnya lebih sewel lagi kerana menyerahkan tugas dalam skala sebegini besar kepada budak-budak, hanya untuk melihat ianya gagal dan akhirnya memalukan mereka semula.  Maklum, nak demo besar tapi kos rendah, dapatlah hasilnya macam yang kita lihat pada Sabtu.

Penulis mendengar, ada sesuatu yang buruk sedang menanti untuk didedahkan mengenai Adam Adli ini.  Apa yang diambilnya untuk mengisi ‘masa lapang’ sehinggakan mata kuyu dan badannya kurus kering macam jerangkung.  Tapi sebagai seorang yang professional dan punya intergriti, tunggulah sehingga bukti saintifik yang sahih diperolehi, sebelum pendedahan boleh dibuat ya.
 
BERUANG BIRU

Khamis, 12 April 2012

AYOO Phahrolrazi... Awat Hang Loglaq Sangat?


Ayoooo Phahrolrazi... kut yer pun nak jadi MB Kedah, takkanlah sampai segini perangai hang!

Buruk sungguh perangai dan kelaku hang!

Kalau macam ni ler calon Menteri Besar Kedah, minta simpang malaikat 44 la. Buat malu orang Kedah saja. Nampak sangat tamak dan halobanya!!!

PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG TERAKHIR KALAU PAKATAN RAKYAT KUASAI PUTRAJAYA!!!

BENCINYA Pakatan kepada institusi beraja di Malaysia bukanlah satu perkara rahsia. Perbincangan ini bukan berdasarkan apa yang keluar dari mulut Anwar, tapi juga berdasarkan kepada beberapa kejadian yang telah berlaku sebelum ini menunjuk kepada hakikat tersebut.

Kalau ikut apa cakap Anwar, semuanya pun dia akan turut, dia akan pertahankan (kita semua tahupun Anwar cakap saja lebih). Paling jelas tentulah mengambil iktibar apa yang berlaku Perak bila kerajaan DAP (ber menteri besarkan PAS), runtuh kerana keengganan DYMM Sultan Perak memperkenankan permintaan Datuk Seri Nizar Jamaludin untuk membubarkan dewan setelah 3 ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan, melompat menjadi Bebas mesra Barisan Nasional (BN). Ditambah dengan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan untuk menyaman Sultan Perak berhubung perkara yang sama pada 2009, sehingga dituduh di bawah Akta Hasutan di Mahkamah.

Terbaru, blog AIDC mendedahkan disini sikap kurang ajar ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak menghormati majlis Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di Istana Negara Jalan Duta semalam.

Dilaporkan beberapa ahli Parlimen Pakatan, ‘menghina’ setiap raja-raja Melayu dan pemimpin negara yang berjalan masuk ke dewan tempat istiadat pertabalan dijalankan. Semua ini mencetus persoalan, adakah kita rakyat Malaysia dapat sekali lagi melihat istiadat pertabalan yang unik di dunia ini berlaku lagi di negara kita jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dalam pilihanraya umum yang akan datang? Bertahan lagikan institusi beraja yang menjadi payung kepada ketuanan Melayu di negara kita ini?

Ketuanan melayu dalam erti kata Sultan dan Raja mestilah terdiri daripada orang Melayu sahaja, bukan konsep ‘tuan dan hamba’ yang cuba diputar belitkan Pakatan Rakyat. Memang proses untuk menukar kerajaan beraja kepada republik itu panjang, tapi itu bukanlah mustahil untuk dilakukan.

Sekarang pun cakap-cakap mengenai penubuhan republik itu sudah menjadi rahsia umum di kalangan pemimpin pembangkang, terutama DAP. Antara sebab kenapa Datuk Dr Hasan Ali dan NGO Jatinya memilih pendekatan IMR (Islam, Melayu & Raja) kerana beliau sedar dengan agenda jahat DAP semasa menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dulu.

Usaha yang bakal dilakukan begitu sistematik, bermula dengan mengikis sedikit demi sedikit hak Melayu dan Islam di negara ini. Sebab itu perkara-perkara berkaitan ibadah yang dulu boleh dilakukan di negara ini oleh umat Islam tanpa halangan, kini menjadi kesalahan di negeri atau kawasan yang dikuasai DAP.

Antaranya tradisi bertakbir dari rumah ke rumah pada malam sambutan Hari Raya Aidilfitri, malah mengaji sebelum kedatangan Azan pun kini sudah menjadi satu ‘kesalahan’. DAP tidak akan bising kalau tidur diganggu dengan bunyi letupan mercun setiap kali malam perayaan, tapi akan bising (malah membuat laporan polis) kalau pembesar suara masjid berhampiran mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum Azan atau jemaah bertakbir dari rumah ke rumah.

Peliknya, parti yang majoriti dianggotai orang Melayu dan Islam, PAS dan PKR redha dengan semua tindakan DAP ini. Paling jijik tentulah PAS, sanggup mencari ayat-ayat al-Quran yang boleh ditunggang terbalik untuk menyokong tindakan DAP itu. Pakatan, terutama DAP tahu, selagi orang Melayu dan institusi Islam di negara ini kuat, selag itulah sistem beraja ini tidak akan dapat disentuh.

Maka itu mereka mengambil pendirian menyerang Melayu dan Islam untuk melemahkan yang di atas (sistem beraja). Malang dan sedihnya, masih ada segelintir orang Islam dan Melayu sendiri yang bersekongkol dengan puak-puak ini tanpa menyedari mereka sendiri bakal menjadi mangsa penindasan jika penubuhan republik itu menjadi kenyataan.

Kalau ikut cakap memanglah semua akan nafikan tapi itu semua demi undi. Kalau sebut terus terang nanti, undi lari dengan sendiri. Contoh DAP dan Malaysian Malaysia. Terang-terang konsep Malaysian Malaysia itu mengikis hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan tapi selamba Lim Kit Siang boleh kata DAP akan sokong perlembagaan persekutuan.

Logiknya, kalau nak bagi semua sama rata (Malaysian Malaysia), bagaimana pula dalam masa yang sama kekalkan hak keistimewaan melayu? Justeru, WAJIB semua orang Melayu dan Islam di negara ini bersama-sama dengan UMNO, Barisan Nasional dan NGO-NGO yang berjuang mempertahankan perlembagaan Malaysia dan institusi beraja/Islam di negara ini demi masa depan negara yang lebih baik.

BERUANG BIRU

PEMUDA PAS KEDAH HANTAR MEMORANDUM HALANG LATT SHARIMAN JUMPA IMAM-IMAM KUALA KEDAH

Kami di kedahan69ers mendapat tahu Pemuda PAS Kedah telah membuat memorandum bantahan dan dihantar kepada Exco Agama Islam Kedah untuk menghalang pertemuan antara Latt Shariman dengan imam-imam Kuala Kedah.

Selasa, 10 April 2012

Perhimpunan BERSIH 3.0 Usaha Terdesak Anwar Ibrahim!

Nampaknya, promosi untuk Perhimpunan BERSIH 3.0 agak berkurangan. Kebanyakan blog Pakatan, kurang memperkatakan tentang BERSIH 3.0 yang ingin diadakan sebagai usaha terdesak Anwar Ibrahim membalacikan pemimpin-pemimpin PAS bagi tujuan menaikkan dirinya dan PKR pada PRU13 akan datang.

Media-media pro-UMNO juga nampaknya kurang memberikan perhatian dan bernafsu untuk memperkatakan tentang BERSIH 3.0, tidak sebagaimana yang dilakukan pada BERSIH 2.0.

Mungkin disebabkan itulah, blog-blog Pakatan juga nampaknya tidak kelihatan berminat sungguhpun ini merupakan peluang terakhir mereka untuk melihat sejauh manakah sambutan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada demonstrasi yang akan diadakan di Dataran Merdeka.

BALA MONGOLIA HEMPUK KEPALA KOTE BENGKOK ANWAR IBRAHIM!!!

Asalnya Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin PR yang lain mengharapkan kedatangan bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu ke Malaysia akan membantu pembangkang untuk memanaskan semula wayang fitnah kisah pembunuhan bekas model Mongolia yang selama ini di propagandakan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, namun sebaliknya pula yang berlaku.

Semalam, Dr Setev Shaariibuu dalam satu wawancara dengan media tempatan telah menjawab khabar angin kononnya kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah merasuah imbuhan wang supaya menutup mulut berkaitan kes kematian anaknya, Altantuya.

Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada Isnin menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya.

Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya.

"Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Petikan: Mstar Online

Kenyataan Setev itu bukan sahaja mematikan terus khabar angin berkaitan isu menutup mulut, lebih dari itu ia juga membuktikan Perdana Menteri sedikit pun tidak pernah campurtangan dalam kes tersebut apatah lagi terkesan dengan cerita dongeng dan fitnah pembangkang yang berusaha mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.

Mereka cuba menggambarkan seolah-olah Najib adalah kekasih Altantuya dan kematian Altantuya pula dikaitkan dengan arahan langsung atau sebaliknya dari Najib dan Rosmah. Realitinya tidakpun begitu. Kalaupun misalnya semalam Setev tidak menyatakan sedemikian pun, hakikatnya antara Najib dan Altantuya bukannya saling mengenali satu sama lain. 

Malah Najib sendiri sejak fitnah tersebut hebat didendangkan pembangkang suatu masa dulu telah sekurang-kurangnya tiga kali mengangkat sumbah mubahalah atas nama Allah s.w.t dengan mengucapkan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataalahi" menafikan dirinya pernah mengenali Altantuya apatah lagi terbabit dalam pembunuhan kejam tersebut.

Lebih tiga tahun berlalu hingga kini, Alhamdulillah tiada bala mahupun laknat Allah s.w.t menimpa Datuk Seri Najib sebaliknya satu demi satu tembelang & fitnah ciptaan Anwar pula yang pecah menyebabkan bau busuk ke seantero pelusuk negara termasuklah pendedahan terbaru oleh bapa Altantuya dalam isu rasuah menutup mulut yang terbukti hanya omong kosong puak pembangkang sahaja.

Isu Komisyen RM540 Juta

Demikian jua halnya dengan fitnah oleh Anwar, Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain yang pernah menjaja propaganda kononnya kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah 114.96 juta euro (RM540 juta) kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd untuk komisyen pembelian dua buah kapal selam Scorpene juga terbukti tidak berasas apabila laporan rasmi kontrak perolehan menjelaskan sebaliknya.

Komisyen RM540 juta yang diwar-warkan oleh Anwar dan balacinya sebagai komisyen pembelian kapal selam tersebut sebenarnya adalah nilai kontrak yang diberikan kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun manakala pembayaran oleh kerajaan kepada syarikat tersebut pula dilakukan secara berperingkat bergantung kemajuan projek yang dilaksanakan.

Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad serta K.S Ombak Laut Sdn Berhad bertanggungjawab secara langsung dalam pelbagai skop kerja sokongan & koordinasi misalnya;-

i. Penyediaan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.

ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.

iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.

iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.

v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.

Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu juga meliputi khidmat koordinasi yang perlu disediakan oleh syarikat Perimekar Sdn Bhd. 

Perkhidmatan koordinasi yang dimaksudkan itu antaranya merangkumi tanggungjawab syarikat Perimekar Sdn Bhd untuk memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, membantu kontraktor utama membabitkan urusan maklumat prosedur perlaksanaan kontrak, penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan.

Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu selain ianya bukan bayaran komisyen, ia juga sama sekali bukan merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut.

Berkemungkinan untung bersih tahunan yang menjadi miliki syarikat tersebut adalah dalam jangkaan sekitar sejuta euro atau lebih sedikit, pendek kata ia bukannya satu kontrak yang mewah atau satu komisyen jatuh dari langit seperti yang di fitnah ke sana ke mari oleh Anwar dan pemimpin PR terhadap PM dan kerajaan.

Dalam apa saja isu yang Anwar cuba palitkan pada PM dan kerajaan Malaysia akhirnya Allah s.w.t membuka pintu kebenaran di penghujungnya sekaligus meletakkan Najib serta kerajaan pimpinannya di tempat yang sewajarnya jauh berbeza dengan nasib Anwar dan pemimpin pembangkang yang hingga kini satu demi satu aib mereka di buka dan menjadi tontonan ramai.

Pendek kata lain yang diharapkan oleh Anwar lain pula yang dia dapat. Bala yang diharapkan jatuh atas batu jemala Najib akhirnya jatuh gedebuk menghempak kepala Anwar dan pemimpin PR.
 
BERUANG BIRU 

Pakatan Ajar Kaedah Demonstrasi Sepertimana Yang Diajarkan Oleh Zionis Kepada Mereka!

Fahmi Reza dan teman wanitanya sedang memberi talk
 tentang demonstrasi dan protes kepada remaja dan mahasiswa.

Sabtu, 7 April 2012, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, telah berlangsung sebuah bengkel khusus untuk melatih dan membentuk para demonstran generasi baru di Malaysia.

Ia dikendalikan oleh Fahmi Reza dan teman wanitanya dan dihadiri oleh 16 orang peserta daripada 25 orang yang mendaftarkan diri.

Modus operandi bengkel ini agak menarik. Peserta yang ingin turut serta akan dihubungi dari semasa ke semasa manakala lokasi ia diadakan pula dimaklumkan pada saat-saat akhir bagi mengelakkan maklumat bocor ke tangan pihak berkuasa.


Teman wanita Fahmi? 
Tidak ada yang mahu ambil inisiatif menegurkah? 
SIGMA? INSPIRASI?

Dalam bengkel ini, Fahmi Reza dan teman wanitanya yang berimej seksi telah menyampaikan pelbagai bentuk panduan untuk menganjur dan mengadakan demonstrasi yang dicedok daripada modul-modul ciptaan sebuah yayasan penaja demokrasi pro-Yahudi iaitu National Democratic Institute (NDI). |SINI|

Antara isi penting yang disampaikan oleh Fahmi dan teman wanitanya itu termasuklah definisi demonstrasi dan protes, perkara-perkara teknikal semasa demonstrasi, aspek taktikal dan sasaran sesebuah demonstrasi diadakan.

Apa yang ingin SB highlight di sini ialah usaha Fahmi mengajak mahasiswa kita ke jalanan. Banyak tips yang dia kongsikan dalam bengkel tersebut menyimpang jauh daripada budaya masyarakat kita.

Misalnya, Fahmi mengajar bahawa dengan demonstrasi, mereka dapat memberikan tekanan kepada pihak lawan (baca:kerajaan) dan berharap ia akan membantu mengubah polisi tertentu seperti yang didesak. Lebih kerap demonstrasi maka lebih banyak perhatian akan diberikan kepada kumpulan demonstran meskipun cuma minoriti.

Sekiranya berlaku situasi-situasi seperti provokasi, pergaduhan, ketegangan dan sebagainya lagi, mereka amat mengharapkan pihak media tak kira arus perdana ataupun alternatif untuk membesarkan lagi isu tersebut. Dengan cara ini mereka akan menerima lebih banyak perhatian daripada masyarakat termasuk pihak kerajaan sendiri.

Hal ini sekaligus membenarkan segala telahan kita bawah setiap demonstrasi yang berlaku di negara ini sememangnya dirancang dengan teliti bertujuan mewujudkan tension atau ketegangan antara rakyat dan pemerintah. Semua aspek teknikal dan taktikal diaplikasikan terutamanya peranan pihak media.

Ia ditambah melalui saranan demi saranan daripada golongan akademik yang juga terpengaruh dengan budaya demokrasi dan politik Barat seperti Dr. Aziz Bari dan Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah |SINI| supaya golongan mahasiswa mengemudi revolusi di Malaysia sama seperti yang berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan Syria.

Berdasarkan perkembangan ini, tidak mustahil negara kita akan menyaksikan lebih banyak demonstrasi jalanan akan digerakkan. Lebih banyak tension berlaku, lebih banyak konflik dan ketegangan dan lebih banyak masalah ke atas orang ramai hanya kerana ideologi songsang golongan anti-establishment seperti kumpulan BERSIH dan grup Fahmi Reza ini. Bersedialah anda.
 

Hapuskan PTPTN? Apa Kata Kalau Anwar dan Pakatan Dihapuskan Dulu?

Sekarang ini, Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk menggerakkan demonstrasi bagi mewujudkan gelombang kebangkitan rakyat yang dilihat mampu menumbangkan UMNO-BN. Apa-apa sahaja isu, akan mereka jadikan sebagai alasan untuk memulakan demonstrasi.

Anwar Ibrahim terlibat dalam penubuhan PTPTN dengan kadar faedah yang perlu dibayar semula adalah 3%. Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan pada 1997 mempunyai kuasa penuh untuk menolak cadangan meramaikan dan membanyakkan peluang kepada pelajar Melayu-Bumiputera melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi menerusi kewujudan PTPTN.

Hanya selepas Kerajaan yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak menurunkan kadar faedah kepada 1%, maka Anwar Ibrahim berkokok tentang penghapusan PTPTN?

Apakah Anwar Ibrahim sekarang sedang berusaha untuk menyekat lebih ramai pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera daripada memasuki pusat-pusat pengajian tinggi kepada had 26,000 orang sepertimana yang berlaku sebelum 1997?

Anwar nak tukar PTPTN kepada biasiswa?

Mengapa sewaktu meluluskan penubuhan PTPTN dahulu, Anwar tidak bercakap tentang biasiswa tetapi segera bersetuju untuk mengenakan kadar faedah yang tinggi. Sekarang, bila dah tak ada kuasa, Anwar nak bercakap tentang penghapusan sesuatu yang dia sangat sokong dahulu?


Ada perkara yang lebih besar tentang PTPTN berbanding Anwar Ibrahim dan cakap-cakap putar belitnya!!!