Selasa, 29 Mei 2012

BUDDHA TAK GADAI TANAH RUMAH IBADAH

Alor Setar - Tersergam indah Surau Ar Rashid tanpa mengubah atau merobohkan Rumah Ibadah masyarakat Tong Hua. itulah semangat Nasionalis Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS hormat menghormati sesama rakyat.

Surau Ar Rashid Derga, Alor Setar Kedah.
Tetapi amat mendukacitakan seluruh umat islam apa bila Tanah Wakaf Khas Madrasah Salihiah di serahkan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada pemaju projek bagi tujuan untuk membina Pasaraya Terbesar. Hasil keputusan itulah membuatkan rakyat negeri Kedah yang beugama Islam kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri dan juga mengundang simpati dari bukan muslim dalam isu Tanah Wakaf Khas ini.

Rakyat Kedah pada zahirnya nampak tidak menghiraukan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri tapi dari sudut hati mereka adalah tidak wajar apa yang telah di putuskan oleh Kerajaan Negeri ini, mereka umpama menanttikan masa bagi meluahkan isi hati mereka bila sudah sampai masanya nanti.
- Naim Ali, UD, AS

TANGKAS ! Dato Azmi Din Tampil Menyiasat Dakwaan Blogger


Dato Azmi Din merakamkan
gambar di lokasi
Alor Setar - Dato Azmi Din dengan segera turun ke lokasi sebagai mana yang telah di laporkan oleh blogger semalam bagi menyiasat dan melalukan pemeriksaan sebagai mana yang telah dilaporan itu.

Menurut beliau beberapa kelemahan yang melibatkan faktor keadaan sekeliling yang mendap dan takungan air oleh kerana tiada saluran parit untuk mengeluarkan air serta tenaga kerja yang kurang mahir yang turut membantu dalam menjayakan Projek Baik Pulih Rumah Rakyat disini.

Beliau sudah menjangka kelemahan-kelemahan sebegini pastinya berlaku, akan tetapi pihaknya dapat mengawal dan meminima keadaan sebegini.

Dalam pada itu kontraktor yang terbabit turut dipanggil bagi melaporkan perkembangan terkini berkenaannya.



Khatijah bersimpuh di pintu bersama skuad Kasih Sayang PM sewaktu tinjauan awal dalam merangka plan baikpulih kediamannya pada 19 March lalu.
Khatijah binti Mat 64, ibu tunggal yang mendiami rumah berkenaan bersama anaknya yang kurang upaya mendapat bantuan Kasih Sayang PM berikutan keadaan rumahnya yang uzur serta kerap kali dinaiki air akibat banjir kilat kerana tidak ada saluran perparitan yang mengalirkan air keluar dari kawasan kediamannya.

Khatijah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada Dato Azmi kerana sudi bertandang menghulurkan bantuan kepadanya.

Tidakan awal Dato Azmi Din dalam kes ini telah menunjukan bahawa pihak Projek Kasih Sayang PM amat perihatin dan mengutamakan keselamatan rakyat. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada blogger yang melaporkan kejajdian berkenaan tanpa segan silu dan tegas dengan apa yang dilaporkannya.
- Ju Ayob, UD, AS.