Selasa, 29 Mei 2012

BUDDHA TAK GADAI TANAH RUMAH IBADAH

Alor Setar - Tersergam indah Surau Ar Rashid tanpa mengubah atau merobohkan Rumah Ibadah masyarakat Tong Hua. itulah semangat Nasionalis Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS hormat menghormati sesama rakyat.

Surau Ar Rashid Derga, Alor Setar Kedah.
Tetapi amat mendukacitakan seluruh umat islam apa bila Tanah Wakaf Khas Madrasah Salihiah di serahkan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada pemaju projek bagi tujuan untuk membina Pasaraya Terbesar. Hasil keputusan itulah membuatkan rakyat negeri Kedah yang beugama Islam kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri dan juga mengundang simpati dari bukan muslim dalam isu Tanah Wakaf Khas ini.

Rakyat Kedah pada zahirnya nampak tidak menghiraukan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri tapi dari sudut hati mereka adalah tidak wajar apa yang telah di putuskan oleh Kerajaan Negeri ini, mereka umpama menanttikan masa bagi meluahkan isi hati mereka bila sudah sampai masanya nanti.
- Naim Ali, UD, AS

TANGKAS ! Dato Azmi Din Tampil Menyiasat Dakwaan Blogger


Dato Azmi Din merakamkan
gambar di lokasi
Alor Setar - Dato Azmi Din dengan segera turun ke lokasi sebagai mana yang telah di laporkan oleh blogger semalam bagi menyiasat dan melalukan pemeriksaan sebagai mana yang telah dilaporan itu.

Menurut beliau beberapa kelemahan yang melibatkan faktor keadaan sekeliling yang mendap dan takungan air oleh kerana tiada saluran parit untuk mengeluarkan air serta tenaga kerja yang kurang mahir yang turut membantu dalam menjayakan Projek Baik Pulih Rumah Rakyat disini.

Beliau sudah menjangka kelemahan-kelemahan sebegini pastinya berlaku, akan tetapi pihaknya dapat mengawal dan meminima keadaan sebegini.

Dalam pada itu kontraktor yang terbabit turut dipanggil bagi melaporkan perkembangan terkini berkenaannya.



Khatijah bersimpuh di pintu bersama skuad Kasih Sayang PM sewaktu tinjauan awal dalam merangka plan baikpulih kediamannya pada 19 March lalu.
Khatijah binti Mat 64, ibu tunggal yang mendiami rumah berkenaan bersama anaknya yang kurang upaya mendapat bantuan Kasih Sayang PM berikutan keadaan rumahnya yang uzur serta kerap kali dinaiki air akibat banjir kilat kerana tidak ada saluran perparitan yang mengalirkan air keluar dari kawasan kediamannya.

Khatijah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada Dato Azmi kerana sudi bertandang menghulurkan bantuan kepadanya.

Tidakan awal Dato Azmi Din dalam kes ini telah menunjukan bahawa pihak Projek Kasih Sayang PM amat perihatin dan mengutamakan keselamatan rakyat. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada blogger yang melaporkan kejajdian berkenaan tanpa segan silu dan tegas dengan apa yang dilaporkannya.
- Ju Ayob, UD, AS.

Rabu, 16 Mei 2012

Kes Tanah Wakaf Khas Madrasah Salihiah Belum Lagi Selesai ?!!..


Madrasah Salihiah, Alor Setar. - Menteri Besar Kedah tetap dengan niatnya menyerahkan HAK MUTLAK ISLAM kepada Pemaju Projek Aman Central yang dimiliki oleh Sonny Ho, Pengiat/Aktivis Kristian yang juga merupakan "Founder" kepada DAP dari Pulau Pinang. 

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak perobohan madrasah itu akan terus dilakukan kerana warisnya hanya memfailkan injunksi yang mempertikai penjualan tanah wakaf tersebut.

"Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah wakaf telah menerima pampasan lebih RM1.4 juta. Kita akan teruskan rancangan merobohkan madrasah ini walaupun warisnya memfailkan semula injunksi.

Peguam Jesvinder Jit Singh (non muslim) memfailkan semula injunksi bagi pihak plaintif iaitu Jamludin Murad, 58, Fadzil Ishak, 61, Fidel Firaidi Mustafa, 49, dan Fidel Firaidid Mustafa, 49, di Mahkamah Tinggi Ahad lepas sebagai usaha menghalang madrasah itu dirobohkan kerajaan negeri.

UMAT ISLAM TERUTAMANYA AHLI PAS SEPATUTNYA MERASA MALU KEPADA PEGUAM NON MUSLIM YANG MEMPERTAHANKAN HAK MUTLAK UMAT ISLAM DARI REJIM ZIONIS PAS.

klik disini untuk maklumat lanjut.

Selasa, 15 Mei 2012

HUDUD 3.0 Gabungan Rasuah Projek & Habuan

Apa yang perlu anda nilaikan disini adalah keimanan setiap Pemimpin-Pemimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebab mereka adalah LIABILITY terhadap PANDANGAN BUKAN ISLAM KEPADA AGAMA ISLAM.


Pendedahan penyelewengan serta paksaan supaya berlaku zalim terhadap harta benda atau Hak Mutlak Islam menunjukan kepimpinan PAS lemah dalam pentadbiran, ini adalah kerana kepimpinan PAS banyak berjuang kearah keduniaan, wang ringgit, harta benda dan pangkat sesama mereka.

Semoga apa yang telah berlaku terhadap PAS ini menjadikan iktibar kepada kita semua.

WE WILL FIGHT & WE WILL NEVER SURRENDER !!!:

ADALAH DI PERENTAHKAN DAN DI ARAHKAN bahawa...
''Selain itu kita memohon perintah mahkamah untuk menghalang defendan pertama Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) daripada melupuskan wang RM1.4 juta sebagai pembayaran yang telah diterima daripada defendan kedua, Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar,'' ...selanjutnya klik disini

Sabtu, 12 Mei 2012

PADAN MUKA KUIN KALAH !!!

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan Semakan Kehakiman (Judicial review) lima orang pelajar Kolej Universiti Insaniyah (KUIN) bagi membatalkan keputusan penggantungan mereka oleh pihak KUIN pada 26 Mei 2011 yang lalu.

KUIN silap dan KALAH dalam kes semakan keputusan Jawatankuasa Tatatertib dalam mengambil tindakan menggantung 5 pelajar yang didapati bersalah melanggar paraturan universiti, kesalahan tatatertib dan melanggar Tatatertib Pelajar 2007 yang mana keputusan tersebut dikekalkan oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar KUIN bertarikh 6/7/2011 adalah tidak sah dan terbatal.

Kak Barni HARUS DI PECAT !!!..
baca lagi kat sini.

Khamis, 10 Mei 2012

PEJABAT TANAH BARU NAK AJAK BINCANG

Notis Perbincangan  
Pejabat Tanah Kota Setar telah menghantar surat kepada penama Fadzil Bin Ishak dan Jamalusin Bin Murad untuk membincangkan perkara-perkara mengenai Tanah Wakaf Khas Madrasah Salihiah. Hanya itu sahaja yang tercatat pada kepingan kertas berkenaan.

PERSOALAN
Untuk apakah perbincangan berkenaan hendak diadakan sedangkan Hak Islam telah di GADAIKAN kepada BUKAN ISLAM.

Apakah pihak berkenaan cuba merasuah dengan pelbagai janji-janji manis bagi menutup bangkai-bangkai salahlaku yang telah dilakukan oleh pihak tertentu dalam projek Pembangunan Pusat Hiburan & Belibelah diatas Tanah Wakaf Khas berkenaan.

Seharusnya umat islam di seluruh Kedah BANGKIT bersama "Semangat Aruah Mufti Sultan Kedah" yang telah mewakafkan Tanah Wakaf Khas berkenaan dari DUDUK BANTAH berasama AMBIGA.


Selasa, 8 Mei 2012

Anwar Fitnah Qardawi

Demi Ambiga Qardawi turut menjadi mangsa Fitnah Anwar Ibrahim

"Ada orang mengatakan demonstrasi itu bukan budaya Islam, bukan budaya Arab dan diimport dari luar, tetapi Qardawi mengulas dengan menulis ayat Quran yang bermaksud `harus kerjasama dalam membuat kebaikan'...," kata Anwar yang turut berada di kawasan berhampiran Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Lelaki dan perempuan berasak-asak kerana Fitnah

Dari Abu Sai’d. Al-Khudri r.a, Nabi SAW bersabda:”Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan!” Jawab para sahabat,” Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal-hal yang perlu.” Sabda Rasulullah SAW, “Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan.” Mereka bertanya:”Apa haknya, ya Rasulullah ? Jawab baginda : ”Tundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar.” - H.R Muslim


klik disini dan lihat komen mereka

Jumaat, 4 Mei 2012

20120502 - BANTAH Di Hadapan Wisma Darulaman


 02 05 20122, Wisma Darulaman, Alor Setar Kedah.
Seramai 120 Orang Peserta Demo BANTAH Pembangunan Memorial Park Atas Tanah Rezab Melayu Mukim Karangan, Kulim, Kedah. Demo BANTAH berkenaan bermula pada jam 1.00 Petang dan berakhir lebih kurang 3 jam kemudian.