Selasa, 10 April 2012

Hapuskan PTPTN? Apa Kata Kalau Anwar dan Pakatan Dihapuskan Dulu?

Sekarang ini, Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk menggerakkan demonstrasi bagi mewujudkan gelombang kebangkitan rakyat yang dilihat mampu menumbangkan UMNO-BN. Apa-apa sahaja isu, akan mereka jadikan sebagai alasan untuk memulakan demonstrasi.

Anwar Ibrahim terlibat dalam penubuhan PTPTN dengan kadar faedah yang perlu dibayar semula adalah 3%. Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan pada 1997 mempunyai kuasa penuh untuk menolak cadangan meramaikan dan membanyakkan peluang kepada pelajar Melayu-Bumiputera melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi menerusi kewujudan PTPTN.

Hanya selepas Kerajaan yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak menurunkan kadar faedah kepada 1%, maka Anwar Ibrahim berkokok tentang penghapusan PTPTN?

Apakah Anwar Ibrahim sekarang sedang berusaha untuk menyekat lebih ramai pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera daripada memasuki pusat-pusat pengajian tinggi kepada had 26,000 orang sepertimana yang berlaku sebelum 1997?

Anwar nak tukar PTPTN kepada biasiswa?

Mengapa sewaktu meluluskan penubuhan PTPTN dahulu, Anwar tidak bercakap tentang biasiswa tetapi segera bersetuju untuk mengenakan kadar faedah yang tinggi. Sekarang, bila dah tak ada kuasa, Anwar nak bercakap tentang penghapusan sesuatu yang dia sangat sokong dahulu?


Ada perkara yang lebih besar tentang PTPTN berbanding Anwar Ibrahim dan cakap-cakap putar belitnya!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan